Pelaburan Bernilai RMB260 Bilion Dicapai Sempena CAEXPO

2020-11-28 15:44:40  CRI
Share with:

 Sebanyak 86 projek kerjasama dengan pelaburan bernilai RMB263.87 bilion (RM163.25 bilion) telah ditandatangani sempena Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-17 yang berlangsung di Nanning, wilayah Guangxi China.

Nilai pelaburan ini meningkat 46.3% berbanding ekspo tahun lepas, sekali gus mencipta rekod tertinggi.  

Menurut pihak penganjur ekspo, terdapat empat projek kerjasama yang mencatatkan nilai pelaburan melebihi RMB10 bilion (RM6.18 bilion).

Pelaburan dalam sektor data besar, kesihatan, logistik, tenaga boleh diperbaharui, pembuatan baharu, dan bahan baharu menduduki 85.3% dalam jumlah keseluruhannya.

Sementara itu, beberapa projek kerjasama penting yang melibatkan ekonomi digital termasuk pembinaan pusat data besar Guilin dan pangkalan 5G perkomputeran awan Guilin dipercayai akan menyuntik kedinamikan baharu kepada pembinaan Jalur dan Laluan (B&R), di samping menyumbang kepada kenaiktarafan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA).

Sejak ditubuhkan 17 tahun lalu, CAEXPO telah menjadi satu wadah penting kepada syarikat China dan ASEAN malah syarikat dari negara-negara lain untuk mencari peluang perniagaan.

胡星