China, ASEAN Tingkatkan Kerjasama Ekonomi Digital

2020-11-29 15:24:08  CRI
Share with:

China, ASEAN Tingkatkan Kerjasama Ekonomi Digital

Forum Pelabuhan Maklumat China-ASEAN Keempat diadakan di bandar Nanning, ibu kota Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi di barat daya China baru-baru ini.

Forum yang bertemakan kerjasama ekonomi digital itu diadakan secara dalam dan luar talian pada waktu yang sama. Lebih 180 peserta yang terdiri daripada pegawai kerajaan, ahli perniagaan, sarjana dan pakar telah mengadakan perbincangan mengenai pembangunan ekonomi digital, kesalinghubungan pintar, perkongsian maklumat, serta kerjasama yang saling menguntungkan.

Satu kertas putih telah diedarkan yang menghuraikan perkembangan pembinaan pelabuhan maklumat China-ASEAN dan pembangunan pendigitalan wilayah Guangxi.

Selain itu, pameran teknologi digital China-ASEAN diadakan secara dalam talian yang memaparkan hasil teknologi maklumat terkini, telekomunikasi 5G, kecerdasan buatan (AI), pembuatan pintar, e-niaga, bandar pintar dan lain-lain.

胡星