Saintis Iran Dibunuh, Pelbagai Pihak Diseru Bersabar

2020-11-29 14:17:37  CRI
Share with:

Pelbagai pihak diseru bersabar ekoran pembunuhan saintis Iran, Mohsen Fakhrizadeh di Tehran kelmarin, agar mengelakkan situasi di rantau Asia Barat daripada memburuk.

Demikian ujar jurucakap Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Jumaat lalu.

Wakil tetap Iran ke PBB mengutus surat kepada Setiausaha Agung PBB dan Pengerusi Majlis Keselamatan PBB bulan ini, menyatakan bantahan sekeras-kerasnya atas kegiatan ganas tersebut, di samping menuntut tindakan sewajarnya dikenakan terhadap penjenayah terbabit.

覃淼