CAEXPO Perkasa Kerjasama Kebudayaan China-ASEAN

2020-11-30 12:45:07  CRI
Share with:

Semasa berlangsungnya Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) di Nanning, Guangxi, China pada masa ini, Forum Kebudayaan China-ASEAN, Pameran Kebudayaan CAEXPO, Pameran Kartun, Animasi &  Permainan  CAEXPO turut diadakan bagi mendorong pertukaran antara China dengan negara-negara ASEAN dalam bidang sosiobudaya. Dalam tempoh acara Minggu TV China-ASEAN kedua pula, sejumlah karya audio-visual dipilih sebagai program yang cemerlang dan sebilangan perjanjian kerjasama strategik dimeterai oleh institusi media dan syarikat bidang kebudayaan dari China dan negara-negara ASEAN. 

Pada masa ini, bukan sahaja banyak karya filem dan televisyen China dipasarkan di negara-negara ASEAN, platform media baharu China juga telah menjadi penggerak baharu bagi penyebaran program hasilan negara-negara ASEAN. Mekanisme dialog pertukaran kebudayaan pelbagai peringkat China-ASEAN sedang disempurnakan.

“Kami sedang berusaha untuk mendorong penggabungan media, membina sistem pintar yang melibatkan perkembangan radio, filem dan televisyen selain meningkatkan keupayaan tadbir urus. Kami ingin berkongsi pengalaman perkembangan, dan hasil yang tercapai dengan negara-negara ASEAN, ” ujar Meng Dong, Naib Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Am Radio dan Televisyen Negara (NRTA) China.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, China berusaha memperkenalkan format baharu dalam sektor kebudayaan agar  ruangan kerjasama antara China dengan ASEAN dalam sektor ini diperluaskan dari pertunjukan kesenian yang tradisional ke pelbagai bidang termasuk, penghasilan karya filem dan televisyen,  penerbitan  majalah berkala, kartun, animasi &  permaian , pameran kebudayaan, aktiviti arkeologi, bahkan permohonan status Warisan Dunia UNESCO   sehingga kedua-dua pihak dapat mencari ilham dari tamadun masing-masing dan meningkatkan persefahaman antara satu sama lain. 

吕清