Saintis Dibunuh, Iran Naikkan Paras Kecemasan

2020-11-30 13:15:55  CRI
Share with:

Parlimen Iran mengadakan mesyuarat tertutup untuk meningkatkan paras kecemasan Tindakan Strategik Antisekatan, sebagai reaksi balas terhadap insiden kematian saintis kanan nuklear negara itu, Mohsen Fakhrizadeh.

Keputusan negara tersebut diyakini bertujuan untuk menyambung semula program nuklearnya, di samping bertindak balas terhadap tekanan ekstrem dan sekatan ketat daripada Amerika Syarikat.

Difahamkan, jika tindakan strategik berkenaan dimuktamadkan, Iran mampu menghasilkan sekurang-kurangnya 120 kilogram uranium diperkaya yang tahap ketulenannya mencapai 20 peratus pada setiap tahun. Selain itu, negara tersebut akan mengaktifkan lebih banyak pengempar untuk memperkayakan uranium.

董筱娉