AS Tidak Layak Jadi "Guru" Lindung Alam Sekitar

2020-11-30 13:38:33  CRI
Share with:

Isu perlindungan alam sekitar tidak seharusnya dimanipulasikan oleh negara-negara Barat seperti AS sebagai dalih untuk mengekang rakyat negara membangun memperoleh kehidupan yang setaraf dengan negara maju.

Pandangan ini ditegaskan oleh ketua editor akhbar Nouvelle Solidarite Perancis, Christine Bierre dalam satu artikelnya baru-baru ini.

Dalam artikel yang berjudul “AS Tidak Layak Jadi ‘Guru’ Perlindungan Alam Sekitar” itu, Christine Bierre mengkritik kumpulan pelobi dan syarikat gergasi sumber tenaga dari AS berniat menjadikan rundingan berhubung perubahan iklim sebagai gelanggang merebut sumber global, di samping meletakkan rintangan kepada China dengan mempergunakan isu perlindungan alam sekitar.

Beliau turut mengecam AS mencipta banyak dusta yang memfitnah China dalam isu perlindungan alam sekitar.

张哲