China, Kepulauan Pasifik Sinergi Lawan Wabak

2020-12-01 16:50:18  CRI
Share with:

Mesyuarat khas peringkat timbalan menteri luar ke-2 mengenai pembendungan COVID-19 antara China dan negara-negara Kepulauan Pasifik diadakan secara maya pada Isnin.

Naib Menteri Luar China, Zheng Zeguang memaklumkan usaha China dalam mengkoordinasi kerja-kerja pencegahan dan kawalan COVID-19 dengan pembangunan sosioekonomi.

Tegas beliau, China akan terus berpegang pada konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan, berkongsi pengalaman dalam pembendungan wabak dan rawatan pesakit serta memperkukuh kerjasama pragmatik melibatkan pelbagai aspek dengan negara-negara Kepulauan Pasifik, sekali gus melonjakkan perkongsian strategik komprehensif yang sedia terjalin.

Wakil-wakil dari Kepulauan Pasifik memuji prestasi China dalam membendung COVID-19 dan memangkin pemulihan ekonomi.

Mereka turut menghargai sokongan dan bantuan dihulurkan China, di samping menzahirkan kesediaan meningkatkan penyelarasan dan kerjasama dengan China dalam urusan antarabangsa dan serantau.

 

周乔西