Ambil Iktibar, Bertindak Sewajar

2020-12-01 14:13:47  CRI
Share with:

Sempena sambutan Black Friday, warga Amerika Syarikat (AS) biasanya meluru masuk ke pusat beli-belah sejak awal pagi dan berpusu-pusu mengambil peluang untuk berbelanja. Namun, keadaan ini tidak berlaku pada tahun ini.

Statistik RetailNext menunjukkan, jumlah pengunjung ke kedai fizikal menyaksikan penurunan sehingga 48 peratus berbanding tahun lepas, dengan nilai jualan susut sebanyak 30 peratus.

Wabak COVID-19 yang masih berleluasa punca kepada prestasi suram itu. Dalam tempoh enam bulan lalu, situasi wabak yang belum reda serta ekonomi domestik yang terjejas teruk berikutan ketidakcekapan kerajaan AS dalam mengendalikan penularan wabak, telah pun membawa impak kepada kehidupan seharian masyarakat tempatan.

Lebih memburukkan lagi adalah apabila sesetengah dasar ekonomi AS tidak progresif lagi akibat pilihan raya, pemilihan Kongres dan pertelingkahan antara parti. Dua skim bantuan kerajaan yang disediakan untuk perlindungan wabak akan tamat pada 26 Disember. Sekiranya tiada skim yang sebegini diperkenalkan, seramai 13.7 juta orang akan terdedah kepada risiko kehilangan bantuan sosial.

Apabila meneliti langkah-langkah yang diambil kerajaan AS untuk mengawal penularan wabak, didapati kesan-kesan negatif makin ternyata. Mereka mengutamakan kepentingan politik daripada jiwa rakyat, selain bertindak secara tidak saintifik dan tidak profesional ketika mengurus wabak.

Mereka sepatutnya mengambil iktibar daripada situasi luar biasa yang berlaku sempena promosi beli-belah Black Friday tahun ini, dan memikirkan bagaimana membendung wabak secara berkesan, mengelak berlakunya pengangguran dan membina semula keyakinan pengguna.

董筱娉