CAEXPO: Lebih Banyak Syarikat Raih Manfaat

2020-12-01 11:59:24  CRI
Share with:

Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-17 yang berakhir semalam menyaksikan pemeteraian sebanyak 86 projek kerjasama dengan nilai pelaburan RMB263.87 bilion (RM163.25 bilion). Angka tersebut meningkat 43.6% berbanding ekspo tahun lalu, sekali gus mencipta rekod tertinggi.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying menyatakan prestasi itu memperlihatkan CAEXPO mempunyai kesan "medan magnet" yang semakin kuat, membolehkan lebih banyak syarikat tempatan dan asing mendapat manfaat daripada platform tersebut.

Beliau berkata China sedang mempercepat pembentukan paradigma pembangunan baharu dan komited memperluas keterbukaan, yang akan mendorong pemulihan ekonomi serantau. 

China bersedia bersama-sama negara ASEAN memangkin kerjasama melibatkan segenap aspek sambil membina komuniti berkongsi nasib yang lebih rapat, sekali gus menyumbang kepada kestabilan dan kemakmuran serantau malah seluruh dunia.

梁靓