Platform Kongsi Maklumat Sumber Air Lancang-Mekong Dilancar

2020-12-01 11:39:42  CRI
Share with:

Platform perkongsian maklumat kerjasama sumber air Lancang-Mekong beroperasi secara rasmi semalam.

Menteri Sumber Air China, E Jingping berkata, kawasan aliran Sungai Lancang-Mekong kini berdepan dengan cabaran makin besar daripada bencana banjir dan kemarau yang lebih kerap berlaku ekoran cuaca ekstrem. Justeru, platform perkongsian maklumat tersebut akan membantu mempertingkat kemampuan negara subrantau dalam mengurus sumber air secara saintifik dan menangani bencana banjir.

Duta Besar Myanmar, Myo Thant Pe pula berkata, enam negara di lembangan Sungai Lancang-Mekong memikul tanggungjawab bersama bagi memelihara pembangunan mampan di sungai tersebut. Melihat kerjasama sumber air di subrantau semakin rapat, adalah perlunya platform baharu itu diwujudkan bagi membantu negara-negara berkenaan menangani perubahan iklim dan bencana alam dengan lebih berkesan.

张哲