Vaksin COVID-19 Diberi di Eropah Bulan Ini

2020-12-02 12:14:12  CRI
Share with:

Suntikan pertama vaksin COVID-19 dijangka dapat dilaksanakan di 27 negara anggota Kesatuan Eropah (EU) menjelang hujung tahun ini, ujar Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen pada Selasa.

Ketika memaklumkan perkembangan terkini berhubung suntikan vaksin kepada ahli-ahli Parlimen Eropah secara maya, beliau menjelaskan, negara-negara anggota ketika ini sedang menyemak pelan penyuntikan vaksin, di samping bertindak menyelaraskan bekalan puluhan juta dos vaksin.

Beliau juga mengingatkan pentingnya kerja penyuntikan yang bakal dijalankan, sama seperti yang menyebut tentang pentingnya pemilikan vaksin.

Menurutnya, warga Eropah dijangka dapat diberikan suntikan pertama sebelum hujung Disember.

Terdahulu, dua syarikat farmaseutikal dari Amerika Syarikat (AS) dan Jerman menyerahkan permohonan kepada Agensi Perubatan Eropah (EMA) bagi tujuan kebenaran pemasaran vaksin COVID-19 yang dibangunkan.

董筱娉