Li Utus Tahniah kepada Thongloun Sisoulith

2020-12-02 17:04:19  CRI
Share with:

Perdana Menteri China, Li Keqiang mengutus kawat tahniah kepada rakan sejawatnya dari Laos, Thongloun Sisoulith sempena ulang tahun ke-45 penubuhan Republik Demokratik Rakyat Lao.

Li menyatakan Laos telah mencapai kemajuan besar dalam pembangunan ekonomi dan penambahbaikan kehidupan rakyat pada tahun-tahun kebelakangan. Menerusi usaha bersama, hubungan China-Laos terus berkembang, sementara kerjasama pragmatik membuahkan hasil memuaskan.

Beliau turut menzahirkan kesediaan bersama-sama Thongloun memperdalam kerjasama strategik komprehensif dan menggalakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Laos demi manfaat rakyat.

梁靓