Xi Utus Kawat Tahniah kepada Laos

2020-12-02 15:15:44  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengutus kawat tahniah kepada rakan sejawatnya dari Laos, Boungnang Vorachith atas ulang tahun ke-45 penubuhan republik tersebut.

Xi dalam kawat itu berkata, China sentiasa mengambil berat terhadap hubungan dengan Laos. Beliau berharap agar ikatan dua negara yang terjalin sejak sekian lama dapat diperkukuh lagi menerusi sambutan ulang tahun ke-60 penjalinan hubungan diplomatik pada tahun hadapan serta Tahun Persahabatan China-Laos.

Xi pula meletakkan harapan tinggi untuk melihat rasa saling percaya strategik sesama negara dapat dipertingkat, selain daripada usaha sama digiatkan untuk menghadapi penularan wabak COVID-19 dan membina komuniti berkongsi nasib sesama negara.

董筱娉