Australia Jadi Bahan Ketawa

2020-12-03 12:20:56  CRI
Share with:

Kekejaman tentera Australia di Afghanistan menimbulkan kutukan keras masyarakat antarabangsa selepas butir-butir yang sungguh mengejutkan dan dahsyat didedahkan dalam laporan siasatan kementerian pertahanan Australia baru-baru ini. Antara dilaporkan termasuk askar menerjunkan dua budak lelaki berusia 14 tahun ke dalam sungai selepas memotong kerongkong mereka.

Berdepan dengan jenayah teruk yang dilakukan tentera sendiri, Perdana Menteri Australia, Scott Morrison tidak memohon maaf, sebaliknya meluahkan rasa tidak puas hati terhadap ilustrasi disiarkan seorang jurucakap Kementerian Luar China yang bertujuan mengecam peristiwa tersebut.

Sesungguhnya, sekelompok politikus Australia begitu asyik bersandiwara sebagai “guru hak asasi manusia” selama ini. Mereka berlagak melemparkan dakwaan bukan-bukan terhadap isu hak asasi negara lain, tetapi tidak membenarkan kritikan terhadap negara sendiri. Reaksi Morrison dalam hal ini ternyata memperlihatkan amalan membuli, hipokrasi dan dwistandard yang dilakukannya, serta muslihat untuk mengalihkan perhatian khalayak.

“Australia sedang menjadi bahan ketawa yang memilukan dengan cepat.” Demikian amaran yang diberi mantan Duta Besar Australia ke Poland dan Kemboja, Tony Kevin.

Sememangnya, reputasi Australia bersama “konsep nilai” yang dibanggakan dunia Barat akan hancur luluh sekiranya pemerintah negara itu tidak mengheret pesalah ke muka pengadilan dan membuat permohonan maaf kepada rakyat Afghanistan.

张哲