Tutup Mata, Pasang Wajah Hipokrit

2020-12-04 14:43:38  CRI
Share with:

Apabila peristiwa pembunuhan rakyat tidak berdosa di Afghanistan oleh anggota tentera Australia didedahkan, Perdana Menteri negara itu, Scott Morrison memilih untuk menutup mata, sebaliknya memberangi China yang tampil menegakkan keadilan, hingga menjadikan Australia bahan ketawa di persada dunia.

Ketika ini, muncul pula politikus dan media dari sekutu Australia yang mengugut untuk mengekang China, beraksi umpama mengapi-apikan ke arah kekeruhan. Apakah itu niat sebenar mereka di belakangnya?

Terlebih dahulu, kehadiran mereka adalah untuk membantu Australia mengalihkan perhatian khalayak daripada isu sebenar dan menutupkan kesalahan anggota tentera terbabit.

Seterusnya, selaku sekutu, Amerika Syarikat (AS) dan Britain dikutuk kerana pasukan tentera mereka juga mempunyai rekod memalukan. Satu sumber yang enggan namanya dikenali memberitahu penasihat pertahanan Australia, Dr. Samantha Crompvoets bahawa walau apa tingkah laku yang ditunjukkan askar Australia sekalipun, AS dan Britain semestinya bertindak lebih keterlaluan.

Ternyata sekali, ketiga-tiga negara tersebut ingin menunjuk-nunjukkan kekuatan mereka di hadapan China, di samping memayungi wajah hipokrit mereka daripada dibongkar.

Jika diteliti secara mendalam, segelintir politikus yang bersikap prejudis dan degil menganggap bahawa dunia Barat yang memegang konsep nilai sama, merasakan dirinya mempunyai perasaan meninggi diri dan hak pengadilan secara semula jadi. Ini menyebabkan mereka sering menuding jari kepada negara-negara lain, sebaliknya menolak kritikan pihak lain terhadap kesalahan mereka sendiri.

董筱娉