Xi Utus Tahniah kepada Raja Thailand

2020-12-05 15:23:23  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengutus kawat tahniah kepada Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn sempena Hari Kebangsaan negara itu.

Xi dalam kawat itu berkata, hubungan China dan Thailand menyaksikan perkembangan yang lancar, sementara usaha sama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan(BRI) telah membuahkan hasil yang memberangsangkan. Persahabatan tradisional China-Thailand terus melonjak apabila kerajaan dan rakyat dua negara berganding bahu dan saling membantu dalam melawan pandemik COVID-19.

Xi turut menyatakan kesediaan untuk bersama-sama Raja Thailand mendorong perkongsian strategik komprehensif sekali gus memberi sumbangan positif kepada kedamaian, kestabilan dan kemakmuran serantau dan dunia.

张哲