Perdana Menteri Australia, Scott Morrison memanglah si politikus yang mudah berubah-ubah orangnya.
Setelah menuntut China meminta maaf atas “peristiwa ilustrasi” yang menggambarkan kekejaman tentera Australia di Afghanistan, Morrison berharap pula untuk menjalankan “kontak yang konstruktif” dengan China, sambil menyifatkan hubungan negaranya dengan China adalah saling untung.
Apabila sibuk memburuk-burukkan imej China, Morrison juga mahu mengaut keuntungan dari negara ini. Adakah dia sudah hilang akal fikiran?
Pada hakikatnya, sandiwara yang dimainkan Morrison hanyalah modus operandi untuk mengaut laba politik. Di sebalik tingkah laku itu, wujudnya mentaliti Perang Dingin dan prejudis ideologi serta pertimbangan untuk mengampu AS bagi mengejar kepentingan politik sendiri.
China merupakan rakan dagang dan destinasi eksport terbesar bagi Australia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Namun, kerjasama ekonomi dan perdagangan China-Australia terbantut susulan provokasi dilakukan Australia dalam isu-isu yang melibatkan kepentingan teras China.
Hanyalah dengan menunjukkan keikhlasan, barulah Australia dapat mewujudkan situasi menang-menang dengan China.