AS Catat Lebih 200 Ribu Kes Positif Baharu COVID-19 Sehari

2020-12-07 13:55:11  CRI
Share with:

Jumlah kes positif baharu COVID-19 mencatat lebih 214,000, manakala jumlah kematian baharu juga melebihi 2,400 di Amerika Syarikat(AS) pada 4 Disember.

Menurut statistik terkini Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit(CDC) AS, peningkatan itu menjadikan negara tersebut merekodkan lebih 200,000 kes positif baharu COVID-19 sehari untuk dua hari berturut-turut yang turut menjadi beban berat bagi sistem perubatan di banyak tempat negara itu.

Menurut maklumat CDC AS, jumlah kes positif baharu COVID-19 mencatat 220,000 di negara itu pada 3 Disember menjadikan AS,  negara yang jangkitan hariannya tertinggi di dunia sejak tercetusnya wabak itu.  Selain itu, purata jangkitan harian mencatat hampir 180,000 dalam tempoh tujuh hari setakat 4 Disember di AS juga merekodkan catatan tertinggi sejak tercetusnya wabak itu, manakala purata kematian harian yang hampir 2,000 dalam tempoh tujuh hari merupakan angka kematian harian terbanyak sejak bulan April.  

Pengarah Institut Alahan dan Penyakit Berjangkit Nasional AS, Dr. Anthony Fauci menyatakan baru-baru ini, jumlah pertemuan dan aktiviti berhimpun yang meningkat sempena Pesta Thanksgiving di AS akan mengakibatkan penularan wabak terus memburuk sehingga jumlah kes positif baharu meningkat ketara dalam dua hingga tiga minggu selepas tempoh percutian.

California yang merupakan antara negeri AS yang paling teruk dilanda pandemik COVID-19 menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan (PKP) di beberapa daerah bermula pukul 23.59, 6 Disember  waktu tempatan bagi memperlahankan penyebaran wabak itu.

曹捷