Prudential Yakin Akan Pembangunan China

2020-12-07 13:35:19  CRI
Share with:

Pegawai Ketua Eksekutif (CEO) Prudential Britain, Mike Wells yakin akan pembangunan China pada masa depan kerana China mempunyai pengalaman yang berjaya yang penuh kedinamikan.

Kata beliau, seiring dengan usaha memperincikan pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka, China dipercayai akan mengayunkan langkah ke tahap lebih tinggi berdasarkan pencapaian pada 40 tahun lalu. Syarikat Prudential berhasrat memainkan peranan lebih penting dalam perubahan struktur populasi di negara ini dengan membekalkan perkhidmatan insurans yang semakin baik.

Sejak tahun 2000, Prudential yang membajak pasaran China selama 20 tahun itu memilih bertindak selaras dengan pelaksanaan dasar pintu terbuka dalam sektor kewangan di negara ini, misalnya menubuhkan satu syarikat pengurusan aset milik penuh di Shanghai.

Wells berkata, keinginan kerajaan China mahu mendatangkan lebih banyak persaingan antarabangsa amat menggalakkan.

高蕾