Rondaan Bersama Sungai Mekong Kali ke-100 Bakal Dilancarkan

2020-12-07 11:40:41  CRI
Share with:

Rondaan Bersama Sungai Mekong Kali ke-100 Bakal Dilancarkan

Rondaan bersama kali ke-100 di Sungai Mekong yang dijalankan oleh China, Laos, Myanmar dan Thailand akan dilancarkan pada 10 Disember.

Menurut maklumat sidang akhbar yang diadakan di Kunming, wilayah Yunnan semalam, sebanyak 99 kali rondaan telah berjaya dijalankan bersama oleh keempat-empat negara tersebut sejak tahun 2011. Ia telah memberikan jaminan keselamatan kepada lebih 2,000 buah kapal, menyelamatkan 536 orang dari 130 buah kapal pedagang yang menghadapi bahaya, yang mengelakkan kerugian ekonomi sebanyak RMB188 juta (RM73.51 juta).

Dalam pada itu, tidak berlaku lagi kes penculikan kapal kargo di Sungai Mekong, jumlah kontena yang dihendalikan pelabuhan terlibat meningkat dua kali ganda, manakala jumlah pelancong meningkat 20% secara purata setiap tahun.

China, Laos, Myanmar dan Thailand mempergiat kerjasama penguatkuasaan undang-undang dan merapatkan kerjasama dalam pelbagai sektor, selain  badan penguatkuasa undang-undang empat negara telah melakukan operasi membanteras sindiket penjenayah, memerangi jenayah penyeludupaan dadah, dan mengawal keselamatan di kawasan sempadan. Rondaan bersama oleh keempat-empat negara tersebut membantu memelihara keselamatan dan kesejahteraan di kawasan aliran Sungai Mekong dan menjadi teladan kerjasama penguatkuasaan undang-undang serantau. 

覃淼