Perdagangan Malaysia-China Terus Diperkasakan Ketika Pandemik COVID-19

2020-12-08 13:51:27  CRI
Share with:

Perdagangan antara Malaysia dengan China dalam sepuluh bulan pertama tahun ini meningkat 3.5 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Demikian ujar Duta Besar Malaysia ke China, Raja Nushirwan Zainal Abidin baru-baru ini.

Menurut statistik terkini, perdagangan antara kedua-dua negara ini berjumlah USD124 bilion pada tahun 2019. Malaysia ialah rakan dagangan ke-9 terbesar bagi China.

Raja Nushirwan Zainal Abidin menyatakan, Rancangan Lima Tahun ke-14 China memberikan peluang baharu kepada kerjasama dua hala.

Pertama ialah ekonomi “dwikitaran”. Ia akan menjadikan penggunaan domestik China sebagai enjin baharu yang membawa kepada pertumbuhan ekonomi China. Malaysia salah sebuah negara rakan dagang utama bagi China, bersedia terlibat lebih aktif dalam pembangunan ekonomi di negara ini.

Kedua adalah sistem pasaran di China yang kian diperkukuh di samping iklim pelaburan yang semakin dioptimumkan. Malaysia dan China negara pelabur antara satu sama lain. Maka ini akan membawa situasi menang-menang.

Ketiga adalah dalam sains dan teknologi. Malaysia dan China mempunyai hubungan rakan kongsi yang rapat dalam bidang ini. Syarikat sains dan teknologi China, seperti Huawei dan ZTE telah memulakan perniagaan di Malaysia lebih 20 tahun lalu. Maka kita haruslah mempergiat kerjasama ini.

Dan keempat adalah perlindungan dalam ekologi alam sekitar. China telah mencapai kemajuan besar dalam sains dan teknologi tinggi termasuk kecerdasan buatan (AI), Internet benda (IoT) dan sebagainya, dan ia akan digunakan dalam perlindungan alam sekitar. Malaysia dan China mempunyai potensi kerjasama meluas dalam sektor ini.

覃淼