Tiga Isyarat Kelihatan daripada Pemulihan Kuat Perdagangan Luar China

2020-12-08 15:00:40  CRI
Share with:

Selepas menyaksikan kenaikan mendadak pada bulan Oktober, perdagangan luar China memelihara trend pemulihan yang kuat pada bulan November. Ini sekali gus mengeluarkan isyarat yang makin jelas tentang pemulihan penggunaan pasaran China.

Pesta beli-belah “11 November” yang mula-mulanya dilancarkan pengusaha e-dagang China berkembang semakin matang. Pelbagai platform e-dagang utama telah mencapai hasil penjualan yang amat membanggakan dalam pesta beli-belah tahun ini. Ini mencerminkan pasaran domestik membuahkan hasil yang semakin banyak berdasarkan gabungan permintaan domestik yang besar dengan inovasi teknologi digital, sekali gus membawa keuntungan yang melimpah kepada pengusaha e-dagang rentas sempadan.

Yang lebih penting adalah pemulihan perdagangan luar China yang berterusan boleh memainkan peranan sebagai penggerak penting dalam usaha menstabilkan rantai industri dan rantai bekalan sejagat. Nisbah China dalam pengeksportan entiti ekonomi utama di dunia terus meningkat, yang merupakan isyarat jelas tentang kebergantungan ekonomi dunia terhadap China makin bertambah.

Sebab itulah, beberapa pertubuhan antarabangsa membuat penilaian tentang China akan merupakan satu-satunya entiti ekonomi utama yang mewujudkan pertumbuhan positif pada tahun ini. Menurut laporan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) yang dikeluarkan pada bulan Oktober, perdagangan kargo sejagat pada tahun ini dijangka akan menyusut 9.2%. Berlatar belakangkan ini, perdagangan import eksport China meningkat bahkan lebih baik daripada unjuran. Ini memperlihatkan China selaku pusat pembuatan dan pengeluaran yang terbesar di dunia, mempunyai daya tahan dan daya saing yang kuat, dan juga memperkukuh keyakinan pasaran terhadap pemulihan perdagangan dan ekonomi sejagat.

Walaupun masih menghadapi isu ketidakpastian dari luar, pemulihan perdagangan luar China yang kuat dan prestasi ekonomi makin baik diiktiraf umum oleh pasaran luar. China, negara yang sedang mempercepat pembentukan paradigma pembangunan baharu akan menjadi penyangga utama bagi perdagangan sejagat dan enjin kuat bagi pertumbuhan ekonomi dunia.

曹捷