Indonesia Terima 1.2 Juta Suntikan Vaksin China

2020-12-08 12:11:11  CRI
Share with:

 

Presiden Indonesia, Joko Widodo kelmarin mengucapkan terima kasih kepada China setelah negaranya menerima 1.2 juta suntikan vaksin COVID-19, dan menjangka akan menerima 1.8 juta suntikan lagi pada awal Januari tahun depan.

Menurut Joko, negaranya akan memulakan perkhidmatan penyuntikan secara besar-besaran sebaik saja vaksin keluaran Sinovax Biotech itu lulus pemeriksaan berkenaan. Sebelum ini, pengeluar vaksin tempatan, Bio Farma telah menandatangani perjanjian penyerahan vaksin kumpulan pertama dengan pembekal China itu pada 26 Ogos lalu. Dimaklumkan lagi, Sinovax akan menyediakan bahan mentah kepada Bio Farma bagi menghasilkan 45 juta suntikan vaksin pada bulan ini dan bulan depan.

Pada Oktober lalu, Indonesia mengikuti jejak Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjadi negara kedua di dunia yang mengesahkan penggunaan kecemasan vaksin keluaran China.

高蕾