China, Singapura Sedia Tingkatkan Kerjasama Bilateral

2020-12-09 13:50:52  CRI
Share with:

China, Singapura Sedia Tingkatkan Kerjasama Bilateral_fororder_1126837247_16074283896201n   

China bersedia berusaha bersama dengan Singapura untuk menggariskan hala tuju dan kerja utama fasa selanjutnya.

Naib Perdana Menteri China Han Zheng berkata demikian ketika bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri Singapupra, Heng Swee Keat secara maya semalam.

Sementara itu, Han Zheng menyarankan kedua-dua negara mendorong pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), memperincikan kerjasama bagi meningkatkan tahap kerjasama kedua-dua pihak dalam bidang inovasi dan usaha memelihara amalan multilateralisme dan perdagangan bebas.

Dalam pertemuan itu, Heng Swee Keat pula menyatakan Singapura menumpukan perhatian terhadap dialog dan rundingan strategik dengan China. Negaranya bersedia meningkatkan kerjasama dengan China dalam bidang vaksin COVID-19 bagi meningkatkan keupayaan menangani kejadian kecemasan kesihatan awam.

Selepas pertemuan itu, Han Zheng dan Heng Swee Keat bersama-sama mempengerusikan Sidang Ke-16 Jawatankuasa Bersama Kerjasama Bilateral  (JCBC) China-Singapura, Mesyuarat Majlis Pemanduan Bersama Taman Industri Suzhou ke-21,  Mesyuarat ke-12 Majlis Pemanduan Bersama Kota Ekologi Tianjin China-Singapura dan  Mesyuarat ke-4 Majlis Pemanduan Bersama China(Chongqing)-Singapura untuk Inisiatif Demonstrasi Kesalinghubungan Strategik, di samping memulakan rundingan mengenai perjanjian perdagangan bebas edisi baharu China-Singapura.

张宪