Politikus AS yang Bertindak Membuli Pasti Ditimpa Balasan

2020-12-09 13:00:37  CRI
Share with:

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo semalam mengkritik China menggubal dan menguatkuasakan Undang-undang Keselamatan Negara di Hong Kong, dan turut mengumumkan "sekatan" kepada Naib Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China. Perbuatan politikus yang bersifat membuli itu dilihat menfitnah prosedur normal badan perundangan tertinggi China, melanggar norma asas hubungan antarabangsa, mencampur tangan dalam urusan dalaman China, dan menjejaskan hubungan kedua-dua negara. Sehubungan itu, jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying mendesak AS segera menarik balik keputusan yang salah itu, menghentikan campur tangan, dan mengelak daripada menempuh jalan yang salah dan berbahaya. China akan mengambil tindakan balas untuk membela kedaulatan, keamanan dan pembangunan negara sendiri.

Pergolakan kemasyarakatan akibat pemindaan terhadap 'Akta Pemindahan Pelarian' berlaku di Hong Kong pada Jun 2019, sehingga masyarakat tempatan terpaksa menderita huru-hara yang bertalu-talu dicetuskan anasir "kemerdekaan Hong Kong" dan pemisah radikal yang dilaporkan mendapat bantuan dari penghasut luar. Sebenarnya, Undang-undang Keselamatan Negara Hong Kong bukan sahaja berperanan memperkukuh keutuhan wilayah, tetapi juga memastikan penyelesaian kesukaran dalam ekonomi dan hidup rakyat terjamin, dan mendapat sambutan dari majoriti penduduk tempatan.

Pompeo yang menggembar-gemburkan apa yang disebut "sekatan" itu, bertujuan untuk menghalang pelaksanaan undang-undang dan keputusan berkenaan, sekaligus menyusahkan usaha kerajaan baharu di negaranya untuk menormalkan hubungan dengan China.

Bagaimanapun, muslihat itu tidak dapat menggoyangkan asas "satu negara, dua sistem", menghakiskan keazaman masyarakat Hong Kong untuk mengejari kestabilan dan pembangunan, dan menjadi rintangan dalam pembangkitan semula bangsa China, sebaliknya hanya akan mengundang kebencian dari 1.4 bilion populasi China. Hong Kong yang sudah berwaspada akan muslihat itu berikrar memelihara kedamaian, kestabilan dan pembangunan wilayah sendiri.

高蕾