China Menunai Janji kepada Dunia

2020-12-10 14:28:42  CRI
Share with:

Kementerian Kesihatan dan Pencegahan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) semalam mengumumkan untuk mendaftarkan secara rasmi vaksin inaktif COVID-19 yang dikendalikan oleh China National Pharmaceutical Group (Sinopharm). Manakala, pada beberapa hari sebelum ini, sebanyak 1 juta dos vaksin COVID-19 sebagai kumpulan kedua dari China tiba di negeri Sao Paulo, Brazil dan vaksin kumpulan pertama dari China yang sebanyak 1.2 juta dos telah diangkut ke Jakarta, Indonesia.

China Menunai Janji kepada Dunia

Ini menyaksikan visi China seperti yang dinyatakan Presiden Xi Jinping dalam sidang kemuncak Kumpulan 20 (G20) sedang direalisasikan dengan selangkah demi selangkah. Presiden Xi berjanji China akan menghulurkan bantuan dan sokongan kepada negara membangun lain, berusaha supaya vaksin COVID-19 dijadikan produk awam yang mudah didapat dan mampu ditanggung oleh rakyat pelbagai negara.

Pada saat yang kritikal ini, China sedang menunaikan janjinya dan berusaha membantu menangani masalah-masalah kecemasan di arena antarabangsa. Majalah Fortune dalam rencananya pada 5 Disember lalu menyatakan bahawa vaksin COVID-19 buatan China berkemungkinan mengisi slot pembekalan vaksin global yang kosong.

China Menunai Janji kepada Dunia

China yang mempunyai penyelidikan dan pengeluaran vaksin yang bertaraf dunia telah menyertai pelan peruntukan vaksin COVID-19 global (COVAX) untuk memastikan negara membangun dapat memperoleh vaksin.

Namun, usaha China selalu diputarbelitkan dan difitnah oleh segelintir politikus dan media negara Barat dengan khabar angin yang direka-reka, seperti “China menjadikan vaksin sebagai alat geopolitik” dan “China mencuri teknologi pengembangan vaksin hasil Barat”. Sebenarnya, mereka berbuat sedemikian bukan sahaja disebabkan motivasi politik, tetapi juga ambisi untuk mendapat syer yang lebih besar dalam pasaran vaksin berkenaan.

Selaku negara yang bertanggungjawab dan boleh dipercayai, China akan kekal menyokong cadangan-cadangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), mengeratkan kerjasama dengan pelbagai pihak, mempertimbangkan permintaan negara membangun terlebih dahulu untuk menggalakkan pengagihan vaksin dengan saksama, seimbang dan rasional.

 

曹捷