Punca Perpecahbelahan Masyarakat AS

2020-12-11 14:24:21  CRI
Share with:

“Masyarakat Amerika Syarikat(AS) berpecah belah” berikutan dasar yang diamalkan pemimpinnya. Demikian laporan akhbar Perancis, Le Figaro pada bulan Jun lalu. Situasi yang menjadi kucar kacir dalam tempoh pilihan raya di AS setengah tahun kemudian membuktikan ketepatan anggapan itu.

Laporan dari Institut Pengajian Dasar (IPS) pada bulan November lalu menunjukkan jumlah tambahan kekayaan yang dimiliki 650 jutawan mencatat  USD1 trilion (RM4.053 trilion) sedangkan jumlah kumulatif  kekayaan mereka menghampiri USD4 trilion (RM16.212 trilion) dalam tempoh dari tercetusnya pandemik COVID-19 sehingga 24 Nov. di negara itu. Sebaliknya, keluarga biasa pula mengalami krisis kewangan yang getir akibat kecuaian kerajaan negara itu dalam usaha melawan wabak, sehingga jumlah pengangguran mencatat berpuluh juta orang.

Senator AS, Bernie Sanders menyatakan menerusi akaun media sosialnya baru-baru ini, kira-kira 26 juta orang menghadapi masalah kekurangan makanan sempena Pesta Thanksgiving, dan kira-kira 40 juta orang menghadapi risiko hilang tempat tinggal atau bankrupt kerana terjerumus dalam kancah kemiskinan.

Sebenarnya, struktur ekonomi mengalami perubahan di AS sejak awal tahun 1980an, dan kekayaan serta hak suara politik semakin didominasi orang kaya dan golongan elit berpendapatan tinggi.

Data-data tersebut menginterpretasikan kebangkitan rasa kemarahan dan populisme dalam masyarakat AS.

Jika tiada perubahan yang kondusif berlaku dalam ekologi politik AS,  percanggahan kemasyarakatan yang berurat akar tidak mungkin dapat diselesaikan di negara itu.

曹捷