Masa Depan Hubungan China-AS Tidak Akan Terjejas

2020-12-12 14:40:49  CRI
Share with:

Masa depan hubungan China-AS tidak akan terjejas oleh pengamukan segelintir politikus AS yang asyik menyemarakkan sentimen anti-China sebelum ‘ketibaan ajalnya’. 

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Mike Pompeo dalam pidatonya di Georgia Institute of Technology  baru-baru ini membidas China “meracuni“ jiwa pengajian tinggi negara itu, khususnya menfitnah Massachusetts Institute of Technology dan University of Washington “menerima elaun China”dan“tunduk kepada tekanan China”. Mike Pompeo turut mendapatkan bantahan keras dari kedua-dua universiti tersebut yang menyifatkan ucapannya“keji”dan “mengerikan” .

Ujaran yang bukan-bukan dari Mike Pompeo itu memperlihatkan segelintir politikus AS yang anti-China berniat meletakkan rintangan kepada usaha kerajaan AS baharu untuk mengubah dasar terhadap China yang sedia ada.

Presiden China, Xi Jinping dalam perutusan tahniah kepada Joe Biden yang terpilih menjadi presiden AS pada 25 November lalu menyatakan harapan agar kedua-dua negara menumpukan perhatian terhadap kerjasama dan mengawal perselisihan  bagi mendorong hubungan China-AS terus berkembang secara sihat dan mampan. Manakala Menteri Luar China, Wang Yi ketika menghadiri rundingan pertukaran secara maya dengan delegasi lembaga pengarah Majlis Perniagaan China-AS (USCBC) baru-baru ini pula mengemukakan lima cadangan tentang mengamalkan nilai yang betul terhadap penggubalan strategi, meningkatkan dialog dan komunikasi. Ini memperlihatkan harapan pihak China terhadap perkembangan hubungan kedua-dua negara pada masa depan dan anggapan tokoh-tokoh berpandangan jauh di AS.

Bekas Setiausaha Negara AS Henry Alfred Kissinger pernah menyarankan presiden AS baharu mengadakan dialog dengan pemimpin China terlebih dahulu untuk menghilangkan kesan retak antara kedua-dua negara. Manakala ahli politik AS Joseph S. Nye pula berpendapat, China dan AS perlu mengekalkan keseimbangan antara persaingan dengan kerjasama.

Boleh dikatakan,  hubungan China-AS yang berkembang dengan sihat dan stabil bukan sahaja selaras dengan kepentingan asas rakyat kedua-dua negara, bahkan merupakan aspirasi bersama masyarakat antarabangsa.

曹捷