Sumbangan Hubei China Tiba di Myanmar

2020-12-12 13:49:32  CRI
Share with:

Sumbangan  bekalan provinsi Hubei China bagi melawan wabak COVID-19 telah diserahkan kepada kerajaan Myanmar semalam. Sumbangan ini termasuk pakaian pelindung, pakaian kuarantin dan penutup hidung dan mulut.

Dalam majlis penyerahan sumbangan tersebut yang diadakan di Yangon, Duta Besar China ke Myanmar, Chen Hai menyatakan bahawa kerajaan Myanmar pernah menyumbang 200 tan beras kepada Hubei pada masa yang getir bagi provinsi itu dalam melawan wabak. Sejak pertengahah bulan Ogos lalu, gelombang baharu COVID-19 berlaku di Mynamar. Sehubungan itu, kerajaan Hubei segera memperuntukkan dana untuk membeli  barangan perubatan yang akan disumbangkan kepada kerajaan dan rakyat Myanmar. Ini menggambarkan persahabatan 'paukphaw' (persaudaraan) antara kedua-dua negara yang bersifat 'berat sama dipikul, ringan sama dijinjing'.

Sejak kes pertama dilaporkan di Myanmar pada 23 Mac lalu, jumlah kumulatif  kes jangkitan melebihi 104 ribu, antaranya yang di Yangon merupakan paling teruk, dengan melebihi 73 ribu.

曹捷