Tunaikan Janji, Ayunkan Langkah Baharu Tangani Perubahan Iklim

2020-12-14 14:42:08  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping telah menyampaikan ucapan penting dalam Sidang Kemuncak Ambisi Iklim yang diadakan dalam talian Sabtu. Beliau mengemukakan tiga inisiatif mengenai tadbir urus iklim global dan mengumumkan siri langkah baharu China untuk mengurangkan pelepasan karbon menjelang tahun 2030. Ini menjelaskan hala tuju bagi masyarakat antarabangsa untuk menangani perubahan iklim, di samiping menyumbang tenaga China dalam usaha tersebut.

Persidangan perubahan iklim Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang diadakan di Paris, Perancis lima tahun yang lalu telah meluluskan Perjanjian Paris. Perjanjian itu membuat pengaturan bagi menghadapi perubahan iklim pasca tahun 2020. Sebagai penyokong dan pengamal perjanjian itu, China tetap bertindak dengan aktif untuk menghadapi perubahan iklim global.

Presiden Xi dalam sidang kemuncak ambisi tersebut menyeru masyarakat antarabangsa bersatu padu, membina situasi baharu demi mewujudkan kerjasama menang-menang, meningkatkan ambisi dan keyakinan dan menubuhkan sistem tadbir urus baharu. Antaranya, multilateralisme dan prinsip bersama tapi berbeza dianggap inisiatif yang terpenting bagi menangani perubahan iklim global.

Langkah-langkah baharu China untuk mengurangkan pelepasan karbon menjelang 2030 yang diumumkan Presiden Xi dianggap sebagai matlamat dan tindakan konkrit. Ini menunjukkan kepada masyarakat antarabangsa bahawa China bertindak benar dan mempunyai pelan yang jelas dalam bidang tersebut. Pembangunan hijau telah menjadi salah satu konsep teras dalam pembangunan sosioekonomi di China.

China yang menunaikan janjinya akan terus komited memperkasakan tadbir urus perubahan iklim sejagat serta membantu negara-negara lain untuk bertindak dalam bidang tersebut agar membina dunia yang semakin bersih dan indah.

徐国玮