Singapura akan Longgaran Kawalan COVID-19

2020-12-15 13:19:36  CRI
Share with:

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menyatakan negara itu akan memasuki fasa ketiga pelonggaran kawalan pandemik COVID-19 bermula 28 Disember. 

Singapura melonggarkan langkah kawalan dalam tiga fasa mulai 2 Jun. Sekarang adalah pada fasa kedua.

Lee mengingatkan bahawa walaupun akan memasuki fasa ketiga, namun negara itu masih jauh daripada kejayaan muktamad dalam perjuangan mengatasi pandemik COVID-19.

Kumpulan kerja melawan wabak Singapura memberikan penjelasan lanjut bahawa sekatan terhadap bilangan pengunjung di pusat beli-belah dan kedai jualan runcit akan dilongggarkan, manakala had maksima pelancong di destinasi pelancongan pula boleh ditingkatkan. Selain itu, kerajaan akan meningkatkan bilangan maksimum bagi aktiviti hiburan di luar ke 250 orang.

Setakat 14 Disember lepas, tidak kes jangkitan baharu dilaporkan di Singapura selama sembilan hari berturut-turut.   

胡星