Sultan Bolkiah: Tingkatkan Hubungan Ekonomi dengan China

2020-12-15 15:28:21  CRI
Share with:

Syarikat-syarikat China di Brunei diharap memainkan peranan lebih besar untuk meningkatkan hubungan ekonomi dan perdagangan antara Brunei dengan China.

Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah berkata demikian ketika menerima kunjungan delegasi Kumpulan Hengyi China di Bandar Seri Begawan semalam.

Sultan Bolkiah menyatakan, syarikat China di Brunei telah memberikan sumbangan besar dalam membendung penularan pandemik COVID-19.

Baginda berharap syarikat China dapat berakar umbi dengan lebih baik di Brunei di samping memastikan keselamatan kerja terjamin.

Hengyi Industries Sdn. Bhd. ialah usaha sama Kumpulan Hengyi dengan kerajaan Brunei. Ia mengendalikan projek minyak di Pulau Muara Besar, iaitu projek pelaburan China yang terbesar di negara itu.

Sultan Bolkiah berkata, beliau amat gembira melihat fasa pertama projek tersebut siap dan beroperasi. Projek berkenaan diharap menyediakan lebih banyak peluang kerja dan merangsang inudustri-industri berkaitan di negara itu.

徐国玮