Twitter Laksana Dwistandard dalam Isu Sejarah

2020-12-15 12:46:27  CRI
Share with:

Twitter Laksana Dwistandard dalam Isu Sejarah

13 Disember ialah Hari National ke-7 memperingati mangsa dalam "pembubuhan besar-besaran dalam perang menentang pencerobohan tentera Jepun di Nanjing". Pada hari itu, rakyat China memperingati lebih 300 ribu saudara setanah air yang tidak berdosa yang terkorban dalam pembunuhan kejam itu.

Walau bagaimanapun, Twitter telah menghapuskan foto dan video mengenai sejarah pembunuhan itu yang diiktiraf umum oleh masyarakat antarabangsa. Alasannya adalah "berdarah tanpa alasan". Dalam pada itu, kenyataan sayap kanan Jepun yang memutarbelitkan fakta sejarah masih kekal dalam laman sosial itu.

Twitter Laksana Dwistandard dalam Isu Sejarah

Tindakan Twitter yang melaksanakan dwistandard ini mendedahkan wajah benar media Barat yang menguar-uarkan kebebasan bersuara, sebenarnya hilang sifat perikemanusiaan.

Pendirian Twitter berkaitan rapat dengan kepentingan konsortium, kuasa politik bahkan negera AS. Walaupun Twitter ialah sebuah syarikat swasta, sebenarnya ia salah satu alat politik yang melayani kepentingan negara itu. Kebebasan bersuara yang disebut media Barat hanya bergantung kepada pendirian, tidak mempertimbangkan kebenaran.

Tahun ini ulang tahun ke-75 kemenangan Perang Antifasis Dunia. Tindakan dwistandard Twitter tersebut menunjukkan niat sesetengah orang yang cuba menafikan fakta sejarah Perang Dunia Kedua dan merosakkan order pasca perang.

覃淼