Pameran Perdagangan Sempadan China-Vietnam Tawar Kepelbagaian

2020-12-15 11:40:28  CRI
Share with:

Pameran Ekonomi dan Perdagangan Sempadan China-Vietnam ke-20 membuka tirainya di Hekou, wilayah Yunnan, barat daya China pada Sabtu lepas.

Bertemakan “Mulakan Perjalanan Baharu, Bekerjasama Demi Masa Depan”, pameran tersebut merupakan yang pertama seumpamanya diadakan di Hekou sejak kaunti itu disenaraikan sebagai zon rintis perdagangan bebas.

Menurut penganjur, pameran yang diadakan secara maya dan fizikal itu telah memaparkan keupayaannya dalam membuka banyak peluang perniagaan baharu, sekali gus menarik kedatangan ramai pengunjung.

Gerai-gerai produk import dan eksport dibanjiri pengunjung, khususnya yang mempertontonkan pelbagai jenis makanan antarabangsa.

Di samping itu, produk-produk istimewa Hekou seperti limau, buah naga, beras warna-warni etnik Yao dan gula perang buatan tangan juga menarik perhatian para pengunjung.

Kelengkapan elektronik yang berasaskan teknologi telekomunikasi generasi kelima (5G) turut mencuri tumpuan ramai.

Selain menyaksikan gaya hidup baharu hasil teknologi terkini, pengunjung juga berpeluang untuk mengetahui keadaan kesihatan sendiri dengan mengimbas kod QR, dan merasai sendiri dalam dunia ciptaan dengan memakai kaca mata realiti maya (VR).

Dijadualkan berlangsung sehingga 18 Disember, pameran tersebut setakat ini berjaya menarik sebanyak 598 pempamer dan pembeli serta 365 buah gerai dalam talian yang merangkumi 1,200 jenis barangan.

张哲