AS Digesa Henti Tindakan Politikkan Isu Ekonomi

2020-12-15 13:20:37  CRI
Share with:

China membantah keras tindakan Amerika Syarikat (AS) yang menyekat syarikat China tanpa alasan, dan komited memelihara hak dan kepentingan sah syarikat China. 

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbing dalam sidang akhbar di Beijing semalam.

Menurut kenyataan Nasdaq, Washington telah mengeluarkan perintah yang mengehadkan pelabur negara itu memperniagakan saham beberapa syarikat China. Oleh itu, empat syarikat China telah digugurkan dari senarai indeks Nasdaq.

Wang mengulas bahawa tahap keterbukaan pasaran modal China kian meningkat dan ini banyak memudahkan pelabur antarabangsa memperniagakan saham syarikat China. Beberapa syarikat tidak tersenarai dalam indeks antarabangsa, tidak akan menjadi halangan bagi pelabur antarabangsa untuk melabur dalam syarikat berkenaan melalui saluran lain.    

Tegasnya, langkah-langkah Washington tersebut bercanggahan dengan prinsip ekonomi pasaran yang disebut-sebut oleh AS sendiri dan peraturan perdagangan antarabangsa. Ia pasti akan menjejaskan kepentingan pelabur pelbagai negara, malah kepentingan dan imej negara sendiri. Oleh itu, AS digesa menghentikan tindakan mempolitikkan isu ekonomi dan perdagangan untuk menyekat syarikat asing. 

胡星