China, Chile Tingkatkan Perkongsian Strategik Komprehensif

2020-12-16 15:14:29  CRI
Share with:

China dan Chile harus menyemarakkan semangat perjuangan tradisional dan meningkatkan hubungan perkongsian strategik komprehensif.

Presiden China, Xi Jinping berkata demikian ketika menghubungi rakan sejawatnya dari Chile, Sebastián Piñera semalam, bersempena ulang tahun ke-50 terjalinnya hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Xi berkata, Chile ialah negara pertama dari Amerika Latin yang menjalin hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China (PRC). Hubungan kedua-dua negara ini menjadi teladan perpaduan, kerjasama dan menang-menang antara China dengan negara-negara Amerika Latin.

Pinera pula berkata, pihaknya kagum dengan kejayaan China dalam membendung pandemik COVID-19 dan memulihkan ekonomi.

Tambah beliau, langkah baharu China yang diumumkan oleh Presiden Xi untuk menangani perubahan iklim memberikan sumbangan penting kepada dunia.

Selain itu, Pinera menzahirkan keyakinan ke atas pelaksanaan rancangan lima tahun ke-14 China yang pasti akan memberikan lebih banyak peluang kepada pelbagai negara termasuk Chile.

徐国玮