Sampai Bila Dapat Morrison Sedar Kesalahannya?

2020-12-16 12:51:57  CRI
Share with:

Pulau Fraser di Australia yang disenaraikan warisan alam dunia terjejas teruk berikutan kebakaran hutan selama dua bulan pada tahun lepas. Hutan tropika musnah dijilat api dan haiwan liar hilang tempat habitat.

Tragedi tersebut bukan sahaja disebabkan pemanasan global, tetapi juga memperlihatkan pemerintah Australia yang berpandangan pendek.

Oleh itu, tak ghairanlah Perdana Menteri negara itu, Scott Morrison tidak diundang untuk berucap pada Sidang Kemuncak Ambisi Iklim baru-baru ini.

Ketika kebakaran hutan yang masih merebak di Australia pada Disember tahun lalu, percutian Morrison di Hawaii telah mengundang kritikan meluas.

Sejak sekian lama, Australia bersikap negatif dalam isu perubahan iklim dan ia satu-satunya negara perindustrian yang menolak untuk memeterai Protokol Kyoto, kecuali Amerika Syarikat (AS). Walaupun negara itu telah menandatangani Perjanjian Paris, namun semakin menjauhkan diri daripadanya selepas pengunduran AS.

Dipandang dari perspektif dasar pula, Australia menolak untuk menyusun undang-undang mengenai matlamat pengurangan pelepasan sepertimana yang dijanjikannya semasa Persidangan Perubahan Iklim Paris.  

Menangani perubahan iklim ialah kewajipan seluruh umat manusia, dan juga selaras dengan kepentingan rakyat Australia.

Wajah benar Morrison yang hanya mewakili kepetingan sekumpulan kecil dan mengabaikan kepentingan rakyat, pasti tidak dapat disembunyikan.

胡星