Terowong No.1 Landasan Kereta Api Jakarta-Bandung Siap

2020-12-16 13:07:13  CRI
Share with:

Pembinaan terowong no.1 landasan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung yang diusahakan Syarikat Landasan Kereta Api China Berhad siap secara rasmi Selasa.

Naib Pengerusi Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China, Ning Jizhe ketika menyampaikan ucapan dalam majlis perasmian menyatakan bahawa projek pembinaan HSR Jakarta-Bandung ialah projek kerjasama simbolik antara China dengan Indonesia dalam rangka inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). Kakitangan kedua-dua negara telah bertungkus lumus untuk mendorong pembinaan landasan ini di samping melawan pandamik COVID-19.

Menteri Hal Ehwal Maritim Indonesia, Luhut Binsar Pandjaitan mengatakan bahawa projek landasan ini berjalan lancar setelah beberapa kesukaran diselesaikan pada beberapa tahun lalu. HSR Jakarta-Bandung diharap dapat memenuhi permintaan pengangkutan rakyat, di samping menyumbang kepada kemajuan ekonomi dan ketenteraman masyarakat setempat.

Landasan HSR Jakarta-Bandung antara projek kerjasama China dan Indonesia, menyambungkan ibu negara dengan bandar keempat terbesar di negara itu. Landasan sepanjang 142 kilometer dan dirancang berkelajuan 350 kilometer sejam.

覃淼