Dakwaan Media Barat, Tipu Muslihat Saja

2020-12-17 15:11:14  CRI
Share with:

Beberapa media dan ahli politik dari Britain dan Australia baru-baru ini mendakwa bahawa ahli Parti Komunis China (PKC) telah "meresap" ke dalam badan dan syarikat negara-negara Barat di China.

Walau bagaimanapun, mereka juga mengakui bahawa tiada bukti yang menunjukkan badan dan syarikat tersebut mengalami kegiatan pengintipan.

Tindakan menyebarkan teori “ancaman China” seumpama itu disifatkan sebagai tidak munasabah dan tidak tahu malu.

Menurut laporan media Britain dan Australia, pertubuhan Persekutuan Antara Parlimen mengenai China (IPAC) telah mengedarkan satu dokumen yang mengandungi maklumat tentang 1.95 juta ahli PKC.

Pertubuhan itu diasaskan oleh Senator Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio pada Jun lalu. Hampir semua anggotanya adalah ahli politik yang diketepikan di arena politik negara masing-masing. Mereka bersubahat untuk mengambinghitamkan China bagi memperoleh tumpuan perhatian.

Rubio dikenakan sekatan oleh China kerana mencampur tangan dalam urusan dalaman China. Pertubuhan itu mengedarkan dokumen tersebut adalah untuk membalas dendam terhadap China.

China ialah negara sosialis yang dipimpin oleh PKC. Seramai 92 juta ahli PKC memainkan peranan sebagai teladan dalam pelbagai kalangan masyarakat.

Adalah perkara biasa bagi badan dan syarikat asing di China mengupah kakitangan yang merupakan ahli PKC. Mereka berkhidmat bersungguh-sungguh dan diiktiraf oleh majikan.

Anasir anti-China dari negara-negara Barat mengheboh-hebohkan perkara ini menunjukkan prejudis dan mentaliti Perang Dingin yang diamalkan mereka. Hal ini juga memperlihatkan trend kebangkitan semula McCarthyism dan masyarakat antarabangsa perlu berwaspada.

徐国玮