Guangxi Perkasakan Komunikasi Sukan dengan ASEAN

2020-12-18 13:23:51  CRI
Share with:

Kempen "bulan kedinamikan pelancongan sukan China-ASEAN" akan dirasmikan di bandar Fangchenggang, wilayah Guangxi China esok. Beberapa pakej dan laluan pelancongan sukan akan diperkenalkan sempena kempen yang memfokuskan pembangunan bermutu tinggi dalam industri sukan itu.

Dalam upacara perasmian, pihak berkuasa Guangxi akan memperkenalkan beberapa bandar dan kaunti yang ditetapkan sebagai contoh rintis pelancongan sukan.

Selain itu, taman perindustrian kesihatan dan sukan China-ASEAN, dan bank perindustrian sukan pertama di Guangxi juga akan dilancarkan.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, Guangxi telah berjaya mengadakan pelbagai temasya sukan antarabangsa. Ini telah membantu memperkasakan komunikasi dan kerjasama sukan antara China dengan negara-negara ASEAN.

胡星