Tai Chi, Wangkang Disenarai Warisan Budaya UNESCO

2020-12-18 14:40:34  CRI
Share with:

Seni bela diri Tai Chi (Taijiquan) dan upacara Wangkang disenaraikan sebagai warisan budaya bukan benda oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO), pada Khamis.

Pengiktirafan tersebut menjadikan jumlah warisan budaya bukan benda China dalam senarai UNESCO meningkat kepada 42, iaitu paling banyak di dunia.

Tai Chi, Wangkang Disenarai Warisan Budaya UNESCO

Sejak pertengahan abad ke-17, Tai Chi yang juga diamalkan sebagai senaman mempunyai ramai peminat bukan sahaja di China, malah seluruh dunia.

Selain membantu menguatkan tubuh badan, Tai Chi menerapkan unsur-unsur budaya tradisional serta falsafah mengenai keharmonian alam dan manusia.

Tai Chi, Wangkang Disenarai Warisan Budaya UNESCO

Tai Chi, Wangkang Disenarai Warisan Budaya UNESCO

Sementara itu, upacara Wangkang yang diangkat bersama China dan Malaysia begitu sinonim dengan masyarakat di Fujian, China dan Melaka, Malaysia.

Wangkang, tradisi yang wujud antara abad ke-15 hingga abad ke-17 di selatan Fujian, diamalkan bagi mendoakan kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat.

Upacara itu menyingkap tabir memori leluhur mengeksplorasi laut pada zaman dahulu,  dengan tersemat konsep keharmonian antara manusia dan laut.

董筱娉