Penasihat Biden Disahkan Positif COVID-19

2020-12-18 14:38:39  CRI
Share with:

Penasihat kepada Joseph Biden, Cedric Richmond disahkan positif COVID-19 Khamis.

Pasukan peralihan kepada presiden terpilih Amerika Syarikat (AS), Joseph Biden semalam mengesahkan perkara tersebut.

Richmond, yang juga ahli kongres dari Louisiana itu menunjukkan simptom pada Rabu dan disahkan positif COVID-19 sehari kemudian. Beliau sekarang menjalani kuarantin.

Sekiranya keputusan bagi dua ujiannya didapati negatif dalam tempoh 14 hari kuarantin, maka beliau akan kembali bertugas di pasukan peralihan Biden dan kongres.

Menurut kenyataan jurucakap pasukan Biden, Biden tidak pernah kontek rapat dengan Richmond. Keputusan pemeriksaan Biden pula didapati negatif pada Khamis.

徐国玮