Pembohongan terhadap Xinjiang Pasti akan Dihancurkan

2020-12-19 15:47:04  CRI
Share with:

Pusat Dasar Global, kumpulan pemikir dari Amerika Syarikat (AS) mengumumkan satu laporan pada Selasa lalu yang mendakwa bahawa ada lebih 500 ribu orang etnik Uygur dipaksa memetik kapas di wilayah Xinjiang China. Parlimen Eropah pula meluluskan satu resolusi pada Khamis lalu, mengutuk kerajaan China mengenakan "kerja paksa" atas etnik minoriti.

Pada hakikatnya, "kerja paksa" itu ialah pembohongan yang dibuat-buat oleh segelintir kecil kumpulan anti-China. Mereka berbuat demikian untuk memburukkan imej negara ini, menjejaskan keharmonian hubungan pelbagai etnik, bagi mengekang pembangunan China.

Dalam tempoh beberapa bulan lalu, China telah mengedarkan beberapa dokumen mengenai Xinjiang termasuk kertas putih tentang jaminan kerja di Xinjiang, dan laporan pekerjaan etnik minoriti di Xinjiang. Dokumen-dokumen itu mencatatkan keadaan sebenar tentang pekerjaan di Xinjiang, di saming memberikan penjelasan terperinci mengenai dasar pekerjaan di wilayah itu iaitu menghormati sepenuhnya keinginan pekerja, serta menjamin hak dan kepentingan pekerja berdasarkan undang-undang. Langkah-langkah itu telah membantu penduduk tempatan mempunyai kehidupan yang sejahtera dan bahagia.

Yang paling diutamakan oleh pihak berkuasa tempatan adalah keinginan penduduk untuk terlibat dalam kegiatan pekerjaan. Apa yang didakwa sebagai "kerja paksa" sama sekali pembohongan semata-mata.

Tindakan memutarbelitkan fakta yang dilakukan oleh kumpulan anti-China itu memperlihatkan wujudnya satu rantai di Barat untuk menghitamkan Xinjiang. Pertama sekali, kumpulan pemikir dan "pakar" membuat laporan yang tidak berasas; laporan itu kemudian diheboh-hobohkan oleh sesetengah media Barat; dan diikuti ancaman oleh politikus anti-China malah sekatan ke atas China.

Walau bagaimanapun, kata bohong tidak akan menjadi kebenaran walaupun diulangi seribu kali.

Kemajuan hak asasi hak manusia di Xinjiang telah mendapat pujian dan diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. Xinjiang yang semakin stabil, makmur dan maju tidak dapat dinafikan melalui pembohongan.

胡星