Ekonomi China Rancak, Ekonomi Dunia Pulih

2020-12-20 15:17:36  CRI
Share with:

Ekonomi China Rancak, Ekonomi Dunia Pulih

Sidang kerja ekonomi pusat China yang diadakan setahun sekali telah diadakan di Beijing pada 16 hingga 18 Disember lalu.

Sidang itu menegaskan bahawa China harus memulakan langkah pertama yang baik bagi membina pola pembangunan baharu, dan berusaha mewujudkan pengoperasian ekonomi pada julat yang rasional.

Sidang kali memberikan panduan bagi kerja ekonomi pada tahun depan, di samping membawa kestabilan ekonomi dan peluang pembangunan China kepada dunia.

Ekonomi China Rancak, Ekonomi Dunia Pulih

Menurut sidang kali ini, perubahan situasi wabak COVID-19 dan persekitaran luar masih mempunyai banyak ketidakpastian. Asas pemulihan ekonomi China masih kurang kukuh dan situasi ekonomi dunia masih rumit dan mencabar. Dasar ekonomi makro China perlu konsisten, stabil dan berterusan. Pelaksanaan dasar perlu lebih tepat dan berkesan serta mengelakkan perubahan yang terlalu besar.

Dalam sidang kali ini ditegaskan, pola pembangunan baharu bukanlah kitaran domestik yang tutup, tetapi dwikitaran yang terbuka. Merangsang permintaan dalam negeri merupakan kitaran domestik yang akan turut menjana kitaran antarabangsa.

Sidang tersebut menegaskan bahawa multilateralisme harus dipertahankan. China akan aktif terlibat dalam pembaharuan tadbir urus global untuk mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib sesaman insan. China yang mempunyai matlamat jelas dan membangun dengan stabil mampu menjayakan ekonomi sendiri dan menyumbang kepada pemulihan ekonomi dunia.

徐国玮