COVID-19: 548 Kes Baharu di Thailand

2020-12-20 14:36:31  CRI
Share with:

COVID-19: 548 Kes Baharu di Thailand

Thailand merekodkan 548 kes COVID-19 baharu semalam, peningkatan harian tertinggi di negara itu sejak pandemik menular pada awal tahun ini. Antaranya 516 kes berkaitan dengani sebuah pasar makanan laut di Samut Sakhon, tengah negara itu.

Menurut pegawai badan kawalan penyakit Kementerian Kesihatan Thailand, kes tempatan pertama dilaporkan di pasar tersebut pada Khamis lalu. Sebanyak 1,192 orang telah dikuarantin dan menjalani saringan.

Pasar berkenaan telah ditutup untuk sementara waktu bermula 19 Disember hingga 3 Januari.

覃淼