Mutasi Baharu COVID-19 Dikesan di Britain

2020-12-21 13:31:31  CRI
Share with:

Gelombang baharu penularan pandemik COVID-19 yang tercetus di beberapa negeri di Britain menjelang sambutan Krismas dan Tahun Baharu menimbulkan kebimbangan orang ramai.

Kerajaan Britain sedang menyiasat sama ada situasi seumpama mempunyai kaitan dengan sejenis varian baharu virus COVID-19 yang dikenali sebagai VUI-202012/01.

Negara itu turut mengetatkan perintah kawalan COVID-19 ke peringkat tertinggi di London, tenggara England dan beberapa wilayah di bahagian timur.

Setakat ini, tiada bukti menunjukkan mutasi baharu itu boleh menyebabkan kadar kematian yang lebih tinggi atau mempengaruhi keberkesanan vaksin dan ubat-ubatan berkaitan.

Pakar perubatan sedang menjalankan penyelidikan untuk mengenal pasti maklumat berkenaan.

周乔西