China Beri Kepastian kepada Dunia

2020-12-21 12:10:43  CRI
Share with:

Dasar ekonomi makro China dijangka kekal mantap pada tahun hadapan.

Seperti yang digariskan dalam Sidang Kerja Ekonomi Pusat di Beijing akhir-akhir ini, dasar makro seterusnya bukan sahaja memfokuskan kepada turun naik ekonomi buat jangka pendek dan pengawalan tempoh penukaran, malah juga menyasar mewujudkan keseimbangan jangka panjang antara pertumbuhan mapan dengan pengendalian risiko.

Secara amnya, ekonomi China berada dalam landasan pemulihan. Namun, terdapat sesetengah sektor dan industri belum lagi kembali normal seperti sebelum wabak COVID-19. Situasi ekonomi pada tahun depan tetap rumit lagi mencabar. Ini mengingatkan negara itu perlu berwaspada terhadap pelbagai risiko sampingan akibat wabak.

Oleh yang demikian, dasar ekonomi makro yang bersifat konsisten, mantap dan berterusan diyakini mampu memberikan kepastian kepada rejuvenasi ekonomi China pada tahun berikutnya.

Tatkala dunia bergelut dengan penularan wabak, prestasi China yang ekonominya mengekalkan trend pertumbuhan bagaikan menyuntik kepastian kepada dunia. Sebagai pemain penting dalam rantaian bekalan global, negara itu sedang giat meneruskan aktiviti pengeluaran untuk memenuhi permintaan rakyat seluruh dunia. Manakala, dunia menaruh harapan tinggi terhadap  pasaran China yang berpotensi besar dan lebih terbuka.

董筱娉