Segmen Lebuh Raya China-Laos Dibuka

2020-12-21 14:09:57  CRI
Share with:

Segmen Lebuh Raya China-Laos Dibuka

Segmen Lebuh Raya China-Laos Dibuka

Segmen Vientiane-Vang Vieng projek lebuh raya yang dibangunkan bersama China dan Laos dibuka semalam, 13 bulan lebih awal daripada yang dijadualkan.

Lebuh raya sepanjang kira-kira 440 kilometer itu bermula dari Vientiane, ibu negara Laos dan berakhir di sempadan Laos-China, merupakan komponen penting dalam jaringan pengangkutan China-Semenanjung Indochina.

Sebagai laluan pengangkutan utama di bahagian tengah dan utara Laos, projek berkenaan akan menjana pembangunan sosioekonomi Laos sekali gus meningkatkan kerjasama perdagangan rentas sempadan dan pertukaran sosiobudaya.

Projek lebuh raya yang diusahakan China dan Laos itu dilaksanakan menerusi  empat fasa. Fasa pertama adalah segmen empat lorong dua hala sepanjang kira-kira 110 kilometer yang menghubungkan Vientiane dan Vang Vieng, dengan kelajuan operasi 80 hingga 100 kilometer sejam.

梁靓