Usahawan Belia Malaysia Harap Dapat Peluang Pembangunan Bersama Belia China

2020-12-21 13:23:08  CRI
Share with:

Usahawan belia Malaysia, Zoel Ng menyatakan bahawa generasi muda di China pada zaman moden ini bukan sahaja kaya sumber, malah mempunyai kebijaksanaan yang istimewa dari segi kebudayaan dan pemikiran.

Usahawan Belia Malaysia Harap Dapat Peluang Pembangunan Bersama Belia China

Ketika diundang untuk berkongsi pengalaman mengenai perniagaan pada Bicara Belia 'Inisiatif Jalur dan Laluan' (BRI) 2020 petang semalam, Zoel juga menambah bahawa kerajaan China turut menyediakan peluang pembangunan yang secukupnya kepada golongan tersebut.

"Oleh itu, saya mempunyai harapan kepada golongan belia di Malaysia supaya dapat  mengintensifkan interaksi dan kerjasama dengan golongan belia di China serta berkongsi peluang pembangunan secara bersama", ujar Zoel semasa forum anjuran Persatuan Belia Kebangsaan China (ACYF) dan Persekutuan Belia Antarabangsa Laluan Sutera, di sini, petang semalam.

Usahawan Belia Malaysia Harap Dapat Peluang Pembangunan Bersama Belia China

Beliau yang juga pengasas dan pemilik syarikat Da-Yu Enterprise berkata, kini semakin banyak syarikat China telah masuk ke pasaran luar negara, sementara banyak syarikat asing pula masuk pasaran China untuk merebut peluang pembinaan BRI.

Menurut beliau, walaupun syarikatnya berada di peringkat awal, namun pasaran China dan negara ASEAN telah dimasukkan ke dalam rancangan pembangunan masa depan.

Dalam pada itu, Zoel yang merupakan bekas pegawai hal-ehwal pembangunan belia Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia turut berkongsikan pengalamannya ketika menyertai bengkel latihan buka usaha dan inovasi “Internet+” BRI bagi usahawan dari China dan negara Asia Tenggara pada 2018, dan bengkel pemimpin belia China-ASEAN pada 2019 yang mendorongnya untuk membuka syarikat Da-Yu Enterprise pada tahun ini.

Ketika diwawancara China Media Group (CMG), Zoel berkata, pengalaman menyertai bengkel-bengkel tersebut telah membuka mata dan melihat potensi besar pasaran China-ASEAN, mankala BRI pula dilihat membawa revolusi terhadap ekosistem perdagangan dunia kini.

Usahawan Belia Malaysia Harap Dapat Peluang Pembangunan Bersama Belia China

Sementara itu, Naib Ketua Setiausaha ACYF, Dong Xia pula menyatakan, golongan belia pelbagai negara dilihat mempunyai semakin banyak peluang dan wahana seiring dengan pembinaan BRI yang kian dipergiatkan.

Justeru katanya, golongan muda pelbagai negara diharap agar dapat berusaha bersama untuk memberi sumbangan demi kewujudan dunia yang aman, makmur, terbuka dan inklusif.

Usahawan Belia Malaysia Harap Dapat Peluang Pembangunan Bersama Belia China

Pada forum kali ini, lebih 200 orang wakil dari China dan 10 buah negara telah menyertai aktiviti yang diadakan secara hibrid iaitu fizikal dan maya untuk berkongsi pengalamannya dalam membuka perniagaan sendiri, mencari peluang pembangunan dan mendorong interaksi dan kerjasama kalangan belia di negara terlibat BRI.

Usahawan Belia Malaysia Harap Dapat Peluang Pembangunan Bersama Belia China

Forum tersebut turut menjadi platform kepada perkongsian cerita menarik oleh 19 belia antaranya dari China, Malaysia, Thailand, Rusia, Korea Selatan, UAE, Itali, dan Zimbabwe  mengenai usaha perniagaan yang memperlihatkan kedinamikan inovasi dan pencapaian keusahwanan dalam kalangan generasi muda.

张宪