COVID-19: Thailand Catat Lonjakan Kes Tempatan

2020-12-21 13:13:10  CRI
Share with:

Thailand menyaksikan lonjakan kes penularan tempatan COVID-19 apabila jumlah jangkitan kluster pasar makanan laut meningkat kepada 689 orang setakat Ahad.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 Thailand, kesemua kes tersebut berkait dengan seorang wanita penjual udang di sebuah pasar di Samut Sakhon, berhampiran Bangkok.

Para hari yang sama, kerajaan Bangkok mengumumkan semua aktiviti sambutan Tahun Baharu akan dibatalkan.

Setelah wanita terbabit diuji positif COVID-19 pada 16 Disember, pihak berkuasa kesihatan awam Thailand telah menjalankan saringan terhadap 1,443 orang pekerja di pasar tersebut serta kontak rapat mereka, sehingga mendapati 689 kes positif.

Kerajaan negara itu merancang melakukan ujian saringan terhadap kira-kira 10 ribu penduduk di tujuh komuniti di Samut Sakhon dalam tempoh tiga hari yang akan datang.

周乔西